Tuesday, November 24, 2009

.....Gud Bye 2 Perlis

.....sedar tak sedar...aku kat perlis dh nak habis, just nk tunggu posting..(xtaw nak kuar biler))....esok lpas exam kissm aku akan balik ke trg....x sabar rasenyer....walaupun pelbagai perkara yg telah aku lalui di sini, (IPGM perlis)....jiwang la plak...tawa dan tangis mengajar aku pelbagai erti...dalam erti kata lain menjadi seorang GURU.....

lepas ni tak tahu plak ke mana sayap ni akan terbang.....

:(

Sunday, November 22, 2009

....My BirthDay 26 :)


November 21, 2009

.....dah cukup umur 26 tahun..dan juga last kuliah Kissm....lagi 4 hari balik kg tunggu posting......

thank a lot 2 all my fren yg celebred birday aku kay arau...luv u all nita, aila, dila, emy, kak na, fifi, kak eda....muahhhh

Wednesday, October 28, 2009

...tak lame dah...

.....nampaknyer kursus aku kt ipgm perlis dh sampai ke penghujung, so selepas ni aku akan posting di mane2 sekolah di seluruh Malaysia...huhuhu termasukla sabah or sarawak (harap2 dijauhiiii) harap sgt dapat duk kg sendiri
bersama bonda tapi aku rase mmg susah nak masuk Trg or klantan...janji dapat semenaj
un
g aku dh bersyukur...aku tak nak pergi kije naik bot or sampan.(aku kan phobi
a air x habis laagi, nk g sane kena lulus waterconfident lu..)..

Monday, October 26, 2009

...Exam dh Datang ><<;>

huhuhu...3 November dah start exam....mudah-mudahan dapat jawab dengaan baik....

Saturday, October 24, 2009

..Bowling Babe...



hari nie melepaskan tensen dengan pergi main bowling kt Jitra Mall...best gak...rupenyer bila kite "bengang" syok gak main benda nie banyk gak strike..heheheheh..hujung minggu nie last aku baca novel nampaknyer kene break jap nk focus nk exam yg start 3 November nie. takut gak pasal dh lama benar dh tak duduk exam..harap2 otak nie dh x berkarat....


..dah sampai kt Jitra ofcoz la memhabiskan saki baki duit yang ada..dah jalan2 dalam mall aku "TERbeli DVD..teringat kat anak buah dia suh beli cerita Princess Barbie...then aku masuk kedai buku..terjupe novel yang covernyer klasik sangat cam pendekar Melayu dulu2...so aku capaila.. ingatkan cerita dongeng kanak2 rupernyer sambungan novel CSR...Hijab Sang Pencinta..cadangnyer nk beli jugak..tapi fikir2 balik kalu dah ader novel nie..sah2 la aku tk leh nk baca Buku Mak Soong Sang nanti (hahaha)so aku tangguhkan dulu..lagipun aku nak cari buku Bagaikan Puteri....

...akhirnyer dvd corner with love dh complete...(watak Qin Lang mmg tochinh Btul...)


Balik2 badan dah terasa lain..cam nak demam..menurut penceramah mase Seminar Alam Sekitar, perlis nie ada musim yang tak macam negeri2 lain....iaitu cuaca kering bermula awal november..kalu kat kampung bulan nie musim hujan...huhuhu


Thursday, October 15, 2009

..............Huhuhuh :(

.....percutian had been canceled
huhuhu....baru jer angan2 nak main pantai tepi pantai cenang
:(

Monday, October 12, 2009

KAU KEKASIHKU epsd 2

Kayuhan Damia semakin laju, memandangkan jam di tangannya menunjukkan hampir pukul 7.30 mala. Perasaan takut mulai menerjah jantungnya. Tambahan lagi apabila melalui lorong gelap di belakang Bangunan Abdul Kadir. Gara-gara Irene yang tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan bola jaring antara rumah sukan di sekolahnya tadi. Dia meninggalkan kawasan sekolah dalam pukul 6.30 petang. Selalunya paling pukul 6.30 petang dia sudah sampai di rumahnya. Nasib baik Nek Timah tiada di rumah. Neneknya ke rumah saudaranya di Perak, kalau tidak sudah pasti membimbangkan orang tua itu. Damia sempat memikirkan neneknya walaupun dalam berkejaran itu.
Tiba-tiba seorang pemuda yang tidak dikenalinya muncul di hadapan dan menarik lengan Damia menyebabkan Damia gagal mengawal basikalnya dan terus menyembah bumi. Damia terpelanting. Tangan kirinya luka dan darah keluar mengalir di lengan yang melepak itu. Namun, kesakitan darah yang mengalir itu tidak dihirau olehnya. Mukanya pucat dan ketakutan apabila melihat lelaki itu cuba memperlakukan perkara yang tidak diingini olehnya
“Tolong!! Tolong!!” Damia terus menjerit dan cuba melarikan diri dari lelaki yang tidak dikenalinya itu. Namun belum sempat dia bertindak tangan kasar lelaki itu mencengkam lengannya yang berdarah itu. Damia menangis kesakitan. Air mata mula mengalir
“Tolong jangan buat saya macam ni” Damia merayu. Rayuan dan tangisan Damia tidak diendahkan, sebaliknya dia lebih agresif. Damia tidak berputus asa. Dia tidak akan membiarkan maruah dirinya dirosakkan oleh makhluk yang bertuhankan syaitan dan nafsu semata-mata. “Diam” Lelaki itu bersuara. Damia terus menjerit dan meronta-ronta untuk melepaskan diri. Lelaki itu bertambah agresif dan mula menampar muka Damia. Tamparan demi tamparan hinggap di pipi gebu Damia. Lengan baju Damia dikoyakkan.,....
TO BE CONTINUE.........

Sunday, October 11, 2009

...Just simple Day......

tiada yang special hari ini, just duk umah complete my puasa 6..so macam biasalah laundry baju then baca novel CSR....tak habis2 lagi...
erm.....why not aku share masterpiece aku kat sini...actually nie sebahagian koleksi cerpen aku..(masa sek dulu aku pernah ambik bahagian dalam majalah sekolah..hhehheh...kalu best leh la go on baca..=)!!!!!!, nk comment pun boleh...

Tajuk nye adalah...."KAU KEKASIHKU"

..Mei 2000

Kokok ayam berkeruyuk bersahut-sahutan kian mengendur dan berkurang. Kemudian yang tinggal satu-satunya kokokkan yang nyaring. Sebentar kemudian kokokkan yang satu-satunya itu juga lenyap. Mungkin ayam-ayam itu sudah keluar mencari makanan di pagi hari. Begitulah lumrah kehidupan ayam yang diciptakan oleh Yang Maha Kuasa.
Damia meneruskan rutin hariannya. Dia melangkah kaki ke bilik air. Kesejukkan air dari paip dapat dirasai olehnya sampai ke tulang hitam. Selesai mengambil wuduk Damia terus meninggalkan bilik air menuju ke biliknya. Dia mencapai kain telekung yang tersidai di palang besi bilik. Selepas menyempurnakan kewajipannya kepada Allah SWT, dia terus menyiapkan diri ke sekolah. Sedang dia leka bersiap, satu bauan menusuk ke dalam hidungnya. Dia kenal benar akan bau itu. Cucur bawang. Itulah makanan kegemarannya ketika bersarapan. Nenek Timah faham benar akan kegemaran cucunya itu. Sejak kematian anak lelakinya Kamarul enam tahun dulu, hanya Damia tempat dia bergantung dan menumpang kasih. Begitu juga dengan Damia hanya insan itu saudara tunggal yang dimilikinya di muka bumi ini. Kerana Nek Timah itulah di membesar dan dengan kasih sayang orang tua itu jugalah dia mengenal dunia.
Selesai sahaja bersarapan, dia terus mencapai bakul yang berisi nasi lemak untuk diletakkan di warung Pak Wie di belakang sekolahnya. Berbekalkan hasil jualan nasi lemak itu dan duit bantuan kebajikan masyarakat mereka menyara kehidupan mereka berdua selepas ketiadaan arwah bapanya. Damia meminta izin untuk pergi lantas mencium pipi Nek Timah

*****************************************************************
Basikal yang terdampar di bawah pohon bunga tanjung dicapai olehnya. Basikal itu amat bermakna bagi Damia. Itulah hasil penat lelah yang dikumpul olehnya dengan membuat kerja sambilan di pusat tuisyen Cikgu Azman ketika cuti persekolah tahun lepas. Adanya basikal itu dia dapat berjimat. Sekurang-kurangnya duitnya tidak perlu ditabungkan kepada Ah Meng tauke bas sekolah yang dinaiki olehnya sebelum dia membeli basikal itu.
Nasi lemak yang telah disiapkan oleh Nek Timah dimasukkan ke dalam raga basikalnya. Damia meneruskan aktiviti hariannya. Mengayuh basikal ke warung Pak Wie sebelum ke sekolah. Tahun ini dia sudah berada di tingkatan lima. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia nanti, bererti dia sudah bebas. Neneknya tidak perlu bersusah payah lagi untuk menanggung perbelanjaan sekolahnya. Dia sudah boleh mencari pekerjaan. Walaupun kebanyakkan rakan-rakannya menanam impian untuk menjadi sebahagian warga kampus di IPT, dia terpaksa melupakan hasrat itu. Bila mengenangkan situasi di sekelilingnya. Namun, dia tetap bertekad. Dia akan tetap meneruskan impian itu apabila dia mempunyai simpanan wang yang cukup nanti.
Setelah meletakkan nasi lemak di warung Pak Wie, Damia meneruskan kayuhan basikalnya ke sekolahnya. Setelah memastikan basikalnya sudah dikunci di bawah garaj yang dikhaskan untuk basikal pelajar, dia menuju ke kelasnya. Tiba-tiba kedengaran suara memanggilnya dari belakang.
“Mia! Mia! tunggu aku”, pekik Liy Haizu. Damia tersenyum dengan tingkah laku kawan baiknya itu.
“Kau ni Mia laju sangatlah”
“Mana ada kau yang lembab”
“Kau tahu tak? Cikgu Naimah yang mengajar kita Matemtik itu dah pindah. Sayanglah dia baik”
“Aku tahu. Hari ni kita dapat cikgu barulah. Minta-minta cikgu baru ni macam Cikgu Naimah juga ya”
Mereka terus berbual hingga ke kelas. Loceng sekolah berbunyi menandakan pukul 7.40 pagi dan bermula sesi pembelajaran. Cikgu Rohani melangkah kaki kelas 5 Beta.
“Selamat pagi cikgu” ucap Hafiza selaku ketua kelas.
“Selamat pagi” balas Cikgu Rohani. Dia melangkah ke arah Liy Haizu dan Damia, dia menggeleng kemudian dia ke belakang.
“Kenapa sampah berterabur sana sini? Kelas darjah satu pun tak seteruk ni. Nama je kelas perempuan, kotornya bukan main lagi.” Cikgu Rohani bercekak pinggang memandang pelajar-pelajarnya yang tunduk menikus.
“Siapa yang bertugas?”
Eina, Yana, Jija, CT Bei, dan Sue. Bingkas bangun ke belakang.
“Tadi dah sapu Cikgu”, luah Yana.
“Itu tadi. Sekarang lain pula”, mulalah leteran Cikgu Rohani semakin panjang. Sudah menjadi kebiasaannya yang pantang melihat kelas kotor.
“Oklah. Sebenarnya saya masuk ke kelas kamu hari ini adalah untuk memperkenalkan guru matematik kamu yang baru yang akan menggantikan Cikgu Naimah. Dia ada sedikit urusan dekat pejabat. Nanti dia akan masuk ke kelas kamu. Saya nak kamu beri kerjasama kepadanya. Satu lagi Zaty, Nita, Ruby, Nurul. Saya tak kamu buat hal macam dulu. Saya harap tiada Sambutan Selamat Datang yang grand habis satu sekolah. Faham!,” Cikgu Rohani cuba memberi peringatan kepada empat sekawan dan seluruh kelas secara tidak langsung
“Saya tak nak peristiwa yang kamu buat dekat Encik Borha berulang balik. Faham?” tegas cikgu itu.
“Relekslah cikgu. Kami ni cuma minatkan Cikgu Bo aje” balas Ruby. Tentang guru praktikal dari UPSI. Masih ingat lagi hari pertama cikgu itu di Sri Pantai. Cikgu kacak itu disambut dengan sambutan air bandung berperisa garam dan sekotak yang berisi cicak mati. Kata-kata itu diiringi dengan gelak ketawa pelajar yang lain.
Kedengaran ketukan di pintu. Seorang wanita berkebaya batik dan rambutnya disanggul tinggi melangkah ke kelas 5 Beta.
“Oklah kelas. Inilah cikgu baru kamu. Cikgu Nazirah.
Guru baru itu memantau isi kelas itu. Pandangannya bertembung dengan Damia. Dia tersenyum. Cikgu Rohani berlalu. Cikgu Nazirah mula berinteraksi dengan pelajar-pelajar berunya. Ada yang diam dan pula yang mula berbisik cuba menilai guru baru itu.
“Mia, ini kan cikgu yang kita nampak yang datang naik Merc tadi kan? Mesti loaded kan? Damia hanya menggangguk. Tidak berminat untuk mengulas panjang.
“Ok class. Nama saya Nazirah Ahmad. Saya akan mengajar kamu subjek Matematik, tapi sebelum itu saya nak kamu kenalkan diri supaya lebih senang untuk saya nanti. Kita mulakan dari sana”
Zaty bangun memperkenalkan diri diikuti oleh Yana, Sue, Hafiza, Ruby, Nurul, Ju Liy, Ina, Gee, Mariana dan seterusnya Liy Haizu. Damia bangun memperkenalkan diri.
“Nama saya Nur Damia bt. Kamarul” Melihat wajah itu Cikgu Nazirah terasa tenang dan sayu. Fikirannya melayang. Wajah itu membuatkan dirinya digamit sesuatu.

To Be Continue........

Hari Cikgu Santai =)







Hari nie aku and the geng menyeru seruan kerajaan untuk "Cuti2 Malaysia" di Perlis..walaupun pantai yang didambakan tiada di bumi perlis nie, terubat juga bila sampai kat Tasik Melati pada pagi tadi..(walaupun dh bape lama plan nak pergi)tak nasib tak menyebelahi coz hujan turun dengan lebatnya...bila masuk jer kawasan Tasik mmg hati ini teruja...cantik sangat dan kalau la tak hujan mesti best ronda2 pusing2 tasik. walaupun hujan ramai gak yang datang memancing...teringin nak memancing lama dh tak pegang joran..yang pasti kami akn datang balik...TUNGGU yea



.....then kami semua melangkah jauh lagi ke Gua Kelam...cantik pemandangan kat sini...tp train dia rosak so tak dapatla nak masuk dalam gua...nk jln kaki..huhuhu

......





Thursday, October 8, 2009

....My Aa.....




....Hari ini biasa sahaje tapi kelas dari 8am lagi sampai 5pm..huhu...mula dengan IP en. moktar then tutorial dgn Ummi discus pasal posting 1 Dis huhu risau gak takut kena campak jauh2...ptg present paper En. rashidi Amalan Hidup Sihat (Bimbingan)...pastu kelas Tamadun Islam...pastu round2 pasar malam kat pauh..(dah tk leh makan karamel..bln pose ramai yg jual tp leni ...x dah)....
..tk sabar lak ni pergi Langkawi cuti Depavali nanti.......


Ni la kenangan di Blok Melati...


Wednesday, October 7, 2009

..Pasukan Koir IPGM Kampus Perlis???????????????????

AsSalam..buat semua, nampaknya sudah beberapa hari aku tak sign in dalam blog kan.Alhamdullilah dah sihat batuk dh hilang..walaupun hari isnin kena hujan kt kampus lupe nak mandi..mula2 nk demam balik tapi terus makan ubat so tk la teruk sangat....sem nie bolehla rileks maklumla praktikal dah habis..so aku banyak habiskan tgk DVD hehehhe...last weekend aku n housemate pergi beraye ke rumah Kak Wan kt Alor Setar...best gak espesially dapat makan masakan kak wan yg ala2 chinesse (dia anak Peranakan. hheheh)so dh pergi AS aku pun belila DVD citer taiwan (Corner With Love) best gak untill now tk habis lagi....
;;;;
...Hari ini satu sejarah aku dan kawan kelas KPLI 09 BnK kena buat persembahan koir sempena Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan (tetamu terhormat adalah MB Perlis tue =))...mase diumumkan untuk memulakan persembahan Mc mengumumkan "Persembahan Pasukan Koir IPGM Kampus Perlis" terdetik satu perasaan erm....entahla berlatih tak sampai seminggu pun :),,,,tapi dh rezeki kami...tak semua dapat peluang buat persembahan kan!!!tapi perit gak tekak aku nie nak buat suara soprano katakan...last aku masuk koir 2003 masa masuk UMT (kustem) itu pun perform depan MB Terengganu,

apa2 pun Tahniah buat kawan2 aku semua...

Monday, September 28, 2009

Salam Lebaran

....selamat hari raye..aidil fitri maf zahir dan batin..walaupun dh masuk 9 syawal..tahun walaupun aku tk bape chat tp raye ttp raye..aku pn tk tahu nape la dis time aku punye selsema demam batuk truk sgt...until now dah blik maktab pun tk hilang lg...tgkla kalu habis dh ubat aku pg la klinik check...tahun raye pertama jer aku berjalan..lps 2 duduk umah jer..tak larat hari raye 5 dan 6 jer aku kuar....
...walau apa pun Jia ucapan selamat hari raye buat Bonda dan family...dh ampun segala salah dan silap Jia yea ;)
tak lupe juga kawan kt Kustem (Bachelor Counselling '03-'07), SMK Seri Nering dan SK.Pusat Jerteh (1990-1995) dan kawan IPGM kampus perlis BnK dan KPLI 09...
buat semua anak didik cikgu di SK Seri Perlis dan yg mengenali Cikgu..Selamat Hari Raya...Cikgu doakan kamu semua berjaya dalam apa jua bidang...ingat setiap langkah perjalanan kamu hari ini adalah masa depan kamu...Good Luck..gambar kamu nanti cikgu upload....
......

hari raye tahun nie semua kakak n abg aku balik beraye kat rumah Bonda tp biasa sahajala coz aku tk jalan sgt uhuhuh.....just hari jumaat aku pg ziarah pusara ayah kt kg sebelah...jauh di sudut hati aku..erm susah la nk luahkan kat sini...tp sunyi pasal kalau pergi "Hari Raya Enam" baru ramai org kt sini...
Masuk tahun nie dh 22 tahun Ayah telah pergi..terasa begitu cepat waktu berjalan...walaupun hanya sekelumit waktu Ayah bersamaku..dan memori kabur yang tercipta aku bersyukur kerana aku punya sesorang insan yang ku panggil "Ayah"...aku redha akan takdir yang tercipta untuk Ku... semoga Ayah aman di sisiNya.....

Sunday, September 13, 2009

...Not Very Well..:(

...nampaknya dari semalam aku tak bape sihay..mybe 2,3 ari nie duk stay up tido 3,4 pagi..pastu mandi lak lewat mlm..batuk n selsema dh menyerang..baru jer minggu balik dr kg aku tk sihat..ni tk sihat lak..huhuhu..ari 2 aku ckp nk citer pasal pengalaman aku kt BIG..so KIV la dulu...
tk selesa sgt nie..batuk n mata pedih sgt pasal selsema....td pun bebuke tk habis (just karamel jer yg habis aku mkan, 2la favourite aku..nasib baikla pudine caramel adik 2 sedap sgt...mmg tk miss beli kalu g bazaar kat stadium) pun td beli moy sup rase lain jer...tp aku paksa gak mulut aku nie makan jer..bt isi perut..kan susah lak kalu tk makan....duk jauh nie tk nak la sakit menyusahkan org...lak nanti..nk sambung bt report pn malas...

...........malam nie aku teringat kt "ayah" dulu mase aku kecik2 kalu demam selalu bg aku limau manis (yg kecik2 yue)...sebab kata ia bnayak vitamin c....kt sini tk der yg nk bg aku limau..so aku minum jer sunquick suam...harap2 cpt sihat...luse nk kena observe...kalu tk habis la cam ner aku nk ngajar...

Friday, September 11, 2009

....frust...

..td pun En.Din tak mai...entahla aku...boring dah aku :(
.
.
.
.
Ari nie habis minggu ke-11..so ada seminggu lg nk habis praktikal n balik kg..tk sabar rasenyer...=)
tp minggu depan banyakla kije n pressure lg.mesti semua lecturer nk mai..
so ari nie aku nk sambung balik citer aku..hampir sebulan aku masuk maktab, aku n kawan perlu menjalani satu kem ia e2 BIG...aku continue balik la....

..Aa....

aku baru ajer siapkan BBM aku..pg esok En.Din nak mai observe...ngantuk giler nie..hujan lebat plak kt luar...Chayuk2 Jia!!! utk esok...

so nanti2 la aku citer pasl BIG aku...neh.

Wednesday, September 9, 2009

..Hari ini..

....semalam aku janji nk sambung citer aku...erm lpas dpt surat tawaran aku aku kena daftar diri di IPGM kampus perlis..12 Jan 2009..walaupun aku keberatan utk melangkah ke utara, tapi aku gagahi jua..nasibla 3 kawan ku dr kustem pun satu kelas dgn aku, Nita, dila(aila)& fifi...bolehla jd peneman di sini.
maka bergelARla aku sebagai GURU Pelatih di Maktab. honestly aku tk dapat nk adapt kt sinimase mula2 dtg sini. mmg jauh beza life sini. tk sama dgn U.yela kena acept la..nama dia pn dh lain. kalu dkt u kleas 4 hari seminggu, kt sini pack dr pkul 8-5 kelas.hari2 plak 2.pastu adalah koko kt padang.huhuhu..lagi satu awl2 pagi dh kena senaman n poco2...penat giler...tapi aku salute kt adik2 pismp kt sini 4-5 tahun duk kat sini. aku yg setahun pun dh tak tahan..(yela diorg muda2 lg aku ni dh penghujung remaje heheheh)tk larat dh nk bt itu semua. nk study balik pun dh berkarat dh otak nie(4 thun kt kustem, hohoho)dh.....................
dan lg satu dlm kursus KPLi ni juga aku kena lulu satu kem iaitu BIG(bina insan guru) lg la...nanti aku sambung balik yea...banyak peristiwa yg aku alami..pendek kata nk jd "cikgu" nie banyak benda yg aku hadapi dn pelajari..mungkin ini semua dr ALLAH utk aku...aku ingat kata2 kawn aku semua yg berlaku pasti ada hikmat n terbaik buat kite!................

aku part2

....so aku pun decide diorang bgi aku tempoh setahun kalau aku tk juga dapat post gov (slain Cikgu)..next year aku kena applyla Kpli...mase praktikum kt STB penang 2007. kawan2 ku duk kalut apply aku just pandang 0 jela.. pastu mase convo(umt, 2007) jumpe blik kwan2 aku still gak suh isi dipli pasal kpli dh expired..tp aku masih lagi dgn prinsip aku..dan pendek kan citer most of them dapat...kpli ambilan 2008. so tinggal la aku dgn beberapa org rakan yg masih kuat dgn prinsip kebal tue...mase tue aku mengganggurla kejap kt umah pastu aku dpt kije kt pertanian secara kontrak..tp aku masih lg tunggu jwapn yg intew kselor JPA..mmg aku gembira after grad aku dpt intew..tp aku gagal...huhuhu..then mase kije kontrak tue...kuarlak borg kpli ambilan 2009..so aku harus patuh pada agrement yg dibuat dgn Bonda..so dgn langkah yg longlai aku pun melangkah ke BSn untuk..dptkan no pin...lepas 2 aku dipanggil exam.dan tarikh keramat yg akan aku ingat 28.08.2008. aku dipanggil intew kt maktab k.trg...aku tk membuat sebarang rujukan tetapi dengan "ilmu" yg dh ada kt kepale aku pun pg jgak ke maktab itu..aku masih igat lagi "Bonda" yang berdiri dipintu rumah penuh gembira mase aku nk kuar pergi intew...so aku pun berangkat ke mktb di hantar oleh "Tyco kU"...mase intew 2 aku "belasah jer"...mmg rase tak der harapan nak dapat...(tapi mungkin ini Miracle buat aku)...penghujung tahun 2008 aku dpt result...aku lulus dn dpt maktab perlis..mase 2 tk thu apa la perasaan aku..Gembira, duka, happy, sedey....apa2 la...kawan2 aku kt opiz ada gak yg minta 2,3 kali tp x dapat..mase 2 aku terfikir gak..mungkin rezki ku adalah menjadi "cikgu"..sekali minta trus dapat...mungkin berkat doa Bonda..mase dapat surat tawaran..senyum ku tidakla seperti senyum ku ketika mendapat surat tawaran mase masuk Kustem(UMT)...hanya persoalan "adakah aku akan END UP as a Cikgu?".....
oklah aku citer takat 2..nanti aku citer lak kisah ku mase mula2 masuk IP perlis(maktab perlis la 2)

yang pasti hari ini selepas kena observe...aku............(nk tahu sms la aku).....

Tuesday, September 8, 2009

...aku...dan ...as..A Guru...

hari ini......entahla aku pada mulanya nk sharing kt sini..tp terlalu sensitif la plak...yg pasti aku ckup terasa begitu susah dan cukup menguji samada mental n fizikal ku...aku akui guru bukanlah profesion yg utama dlm ranking target masa depan ku...
so aku citerla serba sedikit all my history...
after grad aku abaikan pujukan kawan n "adik" aku yg semua berminat utk apply kpli...dan juga famly juga tak ketinggaln duk suh aku apply...tp walaupun dengan berat hati dan rase bersalah yg amat dalam aku memberi kata 2 kepda family aku....bukan niat utk memberontak (aku dr kecil seorg anak yg "obey" tk pernah bt hal la kata org) tp pada time 2 terpaksa mempertahankan prinsip aku.................


To B Continue...............

Friday, September 4, 2009

Puasa yang ke 14

.....ari nie dh masuk 14 hari pose.....nampaknya lagi 14 leh balik kg dan praktikal habis!!!!!
tp td lecturer janji nak dtg obser tp tak mai plak..aku pun tak faham..tiap kali mesti tk jadi...(sebelum 1 observe dulu, janjji yg ke 7 baru btul2 mai...)

since pose ari nie aku stat ngajar,,,,,ALLAH saje yg tahu,,,,betapa peritnya tekak aku...bdk2 nie....bknnya nak dgr ckp aku....tp apa yang penting..KEIKHLASAN..BAK KATA SIFU kami...kelas mz aku gak ari bdk2 yg PK...tk pernah masuk kelas..ari nie masuk...ksian diorg..dr muka diorg ada minat nk masuk bilik MZ..tp tk berpeluang..
so cuti 3 hari nie kena la aku pulun habis2 report..huhuh
ok dh nak masuk buka pose dh...aku chow dulu!!! :)

Thursday, September 3, 2009

..aduhai september

.............aaaaa semalam aku sampai kt Perlis setelah 10 hari aku bercuti kt kg....seronok sampai kkbi pun tak dan nk belek...nak bt camner komited kt benda lain lebih "penting"....so ni aku tgh dukbt kkbi nak di submit esok kt Mr. zul.huhu...sebelum 2 aku wish..selamat menyabut Ramadhan Almubarak bt semua....selamat berpuasa...sebenarnya banyak nk dikongsi kat sini tapi..aku simpan la dulu....1hb september 2009 pasti akan ku ingat.....betapa FRUSTNYa aku....menjalani praktikum nie....LI mase kt U pun tk la aku rase cam nie...........................

Thursday, August 20, 2009

ESOK BALIK!!!!!!!

,,,RUpanya dh 2 lbih aku tk balik..duk kat perlis ni baru la aku sedar..sushnya duk tmpat org....paling aku sedey...sini tk der pantai...dulu mase study lu .tense2 leh main air laut..pi blakang campus (umt) trus jupe pantai....

tk sabarnya nk blikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
lupa lak nk ceiter pasal bdk sek aku ari nie....seperti biasa seblum aku mulakan exam aku suh leh diorg bacaan doa n kuarkan apa yg ptut...aku terlupa kelas yg aku masuk class drjh 3..aku pun suh la diorg baca doa..semtara aku nk tlis kt ppn hijau...aku igt diorg fhmla..baca dlm hati...diorg pi baca 1 kelas,,,,terkejut aku...2la masalhnya...kalu arahan tidk jelas....=)

Wednesday, August 19, 2009

Budak oh Budak


...Har ini merupakan hari ke 2 exam...selaku guru praktikum aku mmg sah2 la kena jaga bdk...hari ni diorag saje jer nk buat aku naik angin....aku mengamuk habis diorang try nk meniru...(tapi dlm hati rase nk tergelak lak).......

Minggu ni minggu ke 9, lagi 3 minggu yahoooooo, habis praktikum.......

jumaat ni leh balik Kg....dh 2 bulan tk blik kg..i miss my Bobby....mak kata aku dapat baby baru..hihihi

tak nk sabar nk balik kg.......jumaat malm naik bus..tapi pagi 2 2,2 lecturer nk dtg observe...huhuhuh....

Tuesday, August 18, 2009

....kau ku sayang....


...Kau tersenyum

...Ku terpaku

...Cahaya di wajahmu hanyalah Untuk kU...

...Sinaran di matamu..menusuk di kalbu

...Tak mungkin ku melupakan....sebegini pengalaman

...Lalu Hati pun berkata....

...SEgala Untuk MU....


my memory

...sahabat......

Tiba2 aku teringat kwn aku kt KUSTEM (leni UMT) dulu...mase same2 bt degree (2003-2007)

dh hampir 2 thun kite tk jupe.....masing dh ikut hluan sendiri yg kpli thyn lpas dh duk sawak..yg dpt pegawai....bz memanjang..huhuhu

i misss all of u....mi querida amigos...barbara (bln 9 dh due date), ruby ferer, ct, Gee, adik ku Zatty n Sue, Mariana, yana,ain, lily,ena,dan nurul plak dh lost contact...

hari ini

Hari ini...2,2 lecturer datang observe kt sekolah......
nasib aku tk kena heart attck......dh la masuk seminggu x bbpe sihat...
tp ALLahamdulilah batuk aku kali ni tk lama...biasa kt sebulan baru ilang....ni mesti pati Brand yg berjasa...huhuhu