Sunday, October 11, 2009

...Just simple Day......

tiada yang special hari ini, just duk umah complete my puasa 6..so macam biasalah laundry baju then baca novel CSR....tak habis2 lagi...
erm.....why not aku share masterpiece aku kat sini...actually nie sebahagian koleksi cerpen aku..(masa sek dulu aku pernah ambik bahagian dalam majalah sekolah..hhehheh...kalu best leh la go on baca..=)!!!!!!, nk comment pun boleh...

Tajuk nye adalah...."KAU KEKASIHKU"

..Mei 2000

Kokok ayam berkeruyuk bersahut-sahutan kian mengendur dan berkurang. Kemudian yang tinggal satu-satunya kokokkan yang nyaring. Sebentar kemudian kokokkan yang satu-satunya itu juga lenyap. Mungkin ayam-ayam itu sudah keluar mencari makanan di pagi hari. Begitulah lumrah kehidupan ayam yang diciptakan oleh Yang Maha Kuasa.
Damia meneruskan rutin hariannya. Dia melangkah kaki ke bilik air. Kesejukkan air dari paip dapat dirasai olehnya sampai ke tulang hitam. Selesai mengambil wuduk Damia terus meninggalkan bilik air menuju ke biliknya. Dia mencapai kain telekung yang tersidai di palang besi bilik. Selepas menyempurnakan kewajipannya kepada Allah SWT, dia terus menyiapkan diri ke sekolah. Sedang dia leka bersiap, satu bauan menusuk ke dalam hidungnya. Dia kenal benar akan bau itu. Cucur bawang. Itulah makanan kegemarannya ketika bersarapan. Nenek Timah faham benar akan kegemaran cucunya itu. Sejak kematian anak lelakinya Kamarul enam tahun dulu, hanya Damia tempat dia bergantung dan menumpang kasih. Begitu juga dengan Damia hanya insan itu saudara tunggal yang dimilikinya di muka bumi ini. Kerana Nek Timah itulah di membesar dan dengan kasih sayang orang tua itu jugalah dia mengenal dunia.
Selesai sahaja bersarapan, dia terus mencapai bakul yang berisi nasi lemak untuk diletakkan di warung Pak Wie di belakang sekolahnya. Berbekalkan hasil jualan nasi lemak itu dan duit bantuan kebajikan masyarakat mereka menyara kehidupan mereka berdua selepas ketiadaan arwah bapanya. Damia meminta izin untuk pergi lantas mencium pipi Nek Timah

*****************************************************************
Basikal yang terdampar di bawah pohon bunga tanjung dicapai olehnya. Basikal itu amat bermakna bagi Damia. Itulah hasil penat lelah yang dikumpul olehnya dengan membuat kerja sambilan di pusat tuisyen Cikgu Azman ketika cuti persekolah tahun lepas. Adanya basikal itu dia dapat berjimat. Sekurang-kurangnya duitnya tidak perlu ditabungkan kepada Ah Meng tauke bas sekolah yang dinaiki olehnya sebelum dia membeli basikal itu.
Nasi lemak yang telah disiapkan oleh Nek Timah dimasukkan ke dalam raga basikalnya. Damia meneruskan aktiviti hariannya. Mengayuh basikal ke warung Pak Wie sebelum ke sekolah. Tahun ini dia sudah berada di tingkatan lima. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia nanti, bererti dia sudah bebas. Neneknya tidak perlu bersusah payah lagi untuk menanggung perbelanjaan sekolahnya. Dia sudah boleh mencari pekerjaan. Walaupun kebanyakkan rakan-rakannya menanam impian untuk menjadi sebahagian warga kampus di IPT, dia terpaksa melupakan hasrat itu. Bila mengenangkan situasi di sekelilingnya. Namun, dia tetap bertekad. Dia akan tetap meneruskan impian itu apabila dia mempunyai simpanan wang yang cukup nanti.
Setelah meletakkan nasi lemak di warung Pak Wie, Damia meneruskan kayuhan basikalnya ke sekolahnya. Setelah memastikan basikalnya sudah dikunci di bawah garaj yang dikhaskan untuk basikal pelajar, dia menuju ke kelasnya. Tiba-tiba kedengaran suara memanggilnya dari belakang.
“Mia! Mia! tunggu aku”, pekik Liy Haizu. Damia tersenyum dengan tingkah laku kawan baiknya itu.
“Kau ni Mia laju sangatlah”
“Mana ada kau yang lembab”
“Kau tahu tak? Cikgu Naimah yang mengajar kita Matemtik itu dah pindah. Sayanglah dia baik”
“Aku tahu. Hari ni kita dapat cikgu barulah. Minta-minta cikgu baru ni macam Cikgu Naimah juga ya”
Mereka terus berbual hingga ke kelas. Loceng sekolah berbunyi menandakan pukul 7.40 pagi dan bermula sesi pembelajaran. Cikgu Rohani melangkah kaki kelas 5 Beta.
“Selamat pagi cikgu” ucap Hafiza selaku ketua kelas.
“Selamat pagi” balas Cikgu Rohani. Dia melangkah ke arah Liy Haizu dan Damia, dia menggeleng kemudian dia ke belakang.
“Kenapa sampah berterabur sana sini? Kelas darjah satu pun tak seteruk ni. Nama je kelas perempuan, kotornya bukan main lagi.” Cikgu Rohani bercekak pinggang memandang pelajar-pelajarnya yang tunduk menikus.
“Siapa yang bertugas?”
Eina, Yana, Jija, CT Bei, dan Sue. Bingkas bangun ke belakang.
“Tadi dah sapu Cikgu”, luah Yana.
“Itu tadi. Sekarang lain pula”, mulalah leteran Cikgu Rohani semakin panjang. Sudah menjadi kebiasaannya yang pantang melihat kelas kotor.
“Oklah. Sebenarnya saya masuk ke kelas kamu hari ini adalah untuk memperkenalkan guru matematik kamu yang baru yang akan menggantikan Cikgu Naimah. Dia ada sedikit urusan dekat pejabat. Nanti dia akan masuk ke kelas kamu. Saya nak kamu beri kerjasama kepadanya. Satu lagi Zaty, Nita, Ruby, Nurul. Saya tak kamu buat hal macam dulu. Saya harap tiada Sambutan Selamat Datang yang grand habis satu sekolah. Faham!,” Cikgu Rohani cuba memberi peringatan kepada empat sekawan dan seluruh kelas secara tidak langsung
“Saya tak nak peristiwa yang kamu buat dekat Encik Borha berulang balik. Faham?” tegas cikgu itu.
“Relekslah cikgu. Kami ni cuma minatkan Cikgu Bo aje” balas Ruby. Tentang guru praktikal dari UPSI. Masih ingat lagi hari pertama cikgu itu di Sri Pantai. Cikgu kacak itu disambut dengan sambutan air bandung berperisa garam dan sekotak yang berisi cicak mati. Kata-kata itu diiringi dengan gelak ketawa pelajar yang lain.
Kedengaran ketukan di pintu. Seorang wanita berkebaya batik dan rambutnya disanggul tinggi melangkah ke kelas 5 Beta.
“Oklah kelas. Inilah cikgu baru kamu. Cikgu Nazirah.
Guru baru itu memantau isi kelas itu. Pandangannya bertembung dengan Damia. Dia tersenyum. Cikgu Rohani berlalu. Cikgu Nazirah mula berinteraksi dengan pelajar-pelajar berunya. Ada yang diam dan pula yang mula berbisik cuba menilai guru baru itu.
“Mia, ini kan cikgu yang kita nampak yang datang naik Merc tadi kan? Mesti loaded kan? Damia hanya menggangguk. Tidak berminat untuk mengulas panjang.
“Ok class. Nama saya Nazirah Ahmad. Saya akan mengajar kamu subjek Matematik, tapi sebelum itu saya nak kamu kenalkan diri supaya lebih senang untuk saya nanti. Kita mulakan dari sana”
Zaty bangun memperkenalkan diri diikuti oleh Yana, Sue, Hafiza, Ruby, Nurul, Ju Liy, Ina, Gee, Mariana dan seterusnya Liy Haizu. Damia bangun memperkenalkan diri.
“Nama saya Nur Damia bt. Kamarul” Melihat wajah itu Cikgu Nazirah terasa tenang dan sayu. Fikirannya melayang. Wajah itu membuatkan dirinya digamit sesuatu.

To Be Continue........

No comments: