Wednesday, October 28, 2009

...tak lame dah...

.....nampaknyer kursus aku kt ipgm perlis dh sampai ke penghujung, so selepas ni aku akan posting di mane2 sekolah di seluruh Malaysia...huhuhu termasukla sabah or sarawak (harap2 dijauhiiii) harap sgt dapat duk kg sendiri
bersama bonda tapi aku rase mmg susah nak masuk Trg or klantan...janji dapat semenaj
un
g aku dh bersyukur...aku tak nak pergi kije naik bot or sampan.(aku kan phobi
a air x habis laagi, nk g sane kena lulus waterconfident lu..)..

Monday, October 26, 2009

...Exam dh Datang ><<;>

huhuhu...3 November dah start exam....mudah-mudahan dapat jawab dengaan baik....

Saturday, October 24, 2009

..Bowling Babe...



hari nie melepaskan tensen dengan pergi main bowling kt Jitra Mall...best gak...rupenyer bila kite "bengang" syok gak main benda nie banyk gak strike..heheheheh..hujung minggu nie last aku baca novel nampaknyer kene break jap nk focus nk exam yg start 3 November nie. takut gak pasal dh lama benar dh tak duduk exam..harap2 otak nie dh x berkarat....


..dah sampai kt Jitra ofcoz la memhabiskan saki baki duit yang ada..dah jalan2 dalam mall aku "TERbeli DVD..teringat kat anak buah dia suh beli cerita Princess Barbie...then aku masuk kedai buku..terjupe novel yang covernyer klasik sangat cam pendekar Melayu dulu2...so aku capaila.. ingatkan cerita dongeng kanak2 rupernyer sambungan novel CSR...Hijab Sang Pencinta..cadangnyer nk beli jugak..tapi fikir2 balik kalu dah ader novel nie..sah2 la aku tk leh nk baca Buku Mak Soong Sang nanti (hahaha)so aku tangguhkan dulu..lagipun aku nak cari buku Bagaikan Puteri....

...akhirnyer dvd corner with love dh complete...(watak Qin Lang mmg tochinh Btul...)


Balik2 badan dah terasa lain..cam nak demam..menurut penceramah mase Seminar Alam Sekitar, perlis nie ada musim yang tak macam negeri2 lain....iaitu cuaca kering bermula awal november..kalu kat kampung bulan nie musim hujan...huhuhu


Thursday, October 15, 2009

..............Huhuhuh :(

.....percutian had been canceled
huhuhu....baru jer angan2 nak main pantai tepi pantai cenang
:(

Monday, October 12, 2009

KAU KEKASIHKU epsd 2

Kayuhan Damia semakin laju, memandangkan jam di tangannya menunjukkan hampir pukul 7.30 mala. Perasaan takut mulai menerjah jantungnya. Tambahan lagi apabila melalui lorong gelap di belakang Bangunan Abdul Kadir. Gara-gara Irene yang tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan bola jaring antara rumah sukan di sekolahnya tadi. Dia meninggalkan kawasan sekolah dalam pukul 6.30 petang. Selalunya paling pukul 6.30 petang dia sudah sampai di rumahnya. Nasib baik Nek Timah tiada di rumah. Neneknya ke rumah saudaranya di Perak, kalau tidak sudah pasti membimbangkan orang tua itu. Damia sempat memikirkan neneknya walaupun dalam berkejaran itu.
Tiba-tiba seorang pemuda yang tidak dikenalinya muncul di hadapan dan menarik lengan Damia menyebabkan Damia gagal mengawal basikalnya dan terus menyembah bumi. Damia terpelanting. Tangan kirinya luka dan darah keluar mengalir di lengan yang melepak itu. Namun, kesakitan darah yang mengalir itu tidak dihirau olehnya. Mukanya pucat dan ketakutan apabila melihat lelaki itu cuba memperlakukan perkara yang tidak diingini olehnya
“Tolong!! Tolong!!” Damia terus menjerit dan cuba melarikan diri dari lelaki yang tidak dikenalinya itu. Namun belum sempat dia bertindak tangan kasar lelaki itu mencengkam lengannya yang berdarah itu. Damia menangis kesakitan. Air mata mula mengalir
“Tolong jangan buat saya macam ni” Damia merayu. Rayuan dan tangisan Damia tidak diendahkan, sebaliknya dia lebih agresif. Damia tidak berputus asa. Dia tidak akan membiarkan maruah dirinya dirosakkan oleh makhluk yang bertuhankan syaitan dan nafsu semata-mata. “Diam” Lelaki itu bersuara. Damia terus menjerit dan meronta-ronta untuk melepaskan diri. Lelaki itu bertambah agresif dan mula menampar muka Damia. Tamparan demi tamparan hinggap di pipi gebu Damia. Lengan baju Damia dikoyakkan.,....
TO BE CONTINUE.........

Sunday, October 11, 2009

...Just simple Day......

tiada yang special hari ini, just duk umah complete my puasa 6..so macam biasalah laundry baju then baca novel CSR....tak habis2 lagi...
erm.....why not aku share masterpiece aku kat sini...actually nie sebahagian koleksi cerpen aku..(masa sek dulu aku pernah ambik bahagian dalam majalah sekolah..hhehheh...kalu best leh la go on baca..=)!!!!!!, nk comment pun boleh...

Tajuk nye adalah...."KAU KEKASIHKU"

..Mei 2000

Kokok ayam berkeruyuk bersahut-sahutan kian mengendur dan berkurang. Kemudian yang tinggal satu-satunya kokokkan yang nyaring. Sebentar kemudian kokokkan yang satu-satunya itu juga lenyap. Mungkin ayam-ayam itu sudah keluar mencari makanan di pagi hari. Begitulah lumrah kehidupan ayam yang diciptakan oleh Yang Maha Kuasa.
Damia meneruskan rutin hariannya. Dia melangkah kaki ke bilik air. Kesejukkan air dari paip dapat dirasai olehnya sampai ke tulang hitam. Selesai mengambil wuduk Damia terus meninggalkan bilik air menuju ke biliknya. Dia mencapai kain telekung yang tersidai di palang besi bilik. Selepas menyempurnakan kewajipannya kepada Allah SWT, dia terus menyiapkan diri ke sekolah. Sedang dia leka bersiap, satu bauan menusuk ke dalam hidungnya. Dia kenal benar akan bau itu. Cucur bawang. Itulah makanan kegemarannya ketika bersarapan. Nenek Timah faham benar akan kegemaran cucunya itu. Sejak kematian anak lelakinya Kamarul enam tahun dulu, hanya Damia tempat dia bergantung dan menumpang kasih. Begitu juga dengan Damia hanya insan itu saudara tunggal yang dimilikinya di muka bumi ini. Kerana Nek Timah itulah di membesar dan dengan kasih sayang orang tua itu jugalah dia mengenal dunia.
Selesai sahaja bersarapan, dia terus mencapai bakul yang berisi nasi lemak untuk diletakkan di warung Pak Wie di belakang sekolahnya. Berbekalkan hasil jualan nasi lemak itu dan duit bantuan kebajikan masyarakat mereka menyara kehidupan mereka berdua selepas ketiadaan arwah bapanya. Damia meminta izin untuk pergi lantas mencium pipi Nek Timah

*****************************************************************
Basikal yang terdampar di bawah pohon bunga tanjung dicapai olehnya. Basikal itu amat bermakna bagi Damia. Itulah hasil penat lelah yang dikumpul olehnya dengan membuat kerja sambilan di pusat tuisyen Cikgu Azman ketika cuti persekolah tahun lepas. Adanya basikal itu dia dapat berjimat. Sekurang-kurangnya duitnya tidak perlu ditabungkan kepada Ah Meng tauke bas sekolah yang dinaiki olehnya sebelum dia membeli basikal itu.
Nasi lemak yang telah disiapkan oleh Nek Timah dimasukkan ke dalam raga basikalnya. Damia meneruskan aktiviti hariannya. Mengayuh basikal ke warung Pak Wie sebelum ke sekolah. Tahun ini dia sudah berada di tingkatan lima. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia nanti, bererti dia sudah bebas. Neneknya tidak perlu bersusah payah lagi untuk menanggung perbelanjaan sekolahnya. Dia sudah boleh mencari pekerjaan. Walaupun kebanyakkan rakan-rakannya menanam impian untuk menjadi sebahagian warga kampus di IPT, dia terpaksa melupakan hasrat itu. Bila mengenangkan situasi di sekelilingnya. Namun, dia tetap bertekad. Dia akan tetap meneruskan impian itu apabila dia mempunyai simpanan wang yang cukup nanti.
Setelah meletakkan nasi lemak di warung Pak Wie, Damia meneruskan kayuhan basikalnya ke sekolahnya. Setelah memastikan basikalnya sudah dikunci di bawah garaj yang dikhaskan untuk basikal pelajar, dia menuju ke kelasnya. Tiba-tiba kedengaran suara memanggilnya dari belakang.
“Mia! Mia! tunggu aku”, pekik Liy Haizu. Damia tersenyum dengan tingkah laku kawan baiknya itu.
“Kau ni Mia laju sangatlah”
“Mana ada kau yang lembab”
“Kau tahu tak? Cikgu Naimah yang mengajar kita Matemtik itu dah pindah. Sayanglah dia baik”
“Aku tahu. Hari ni kita dapat cikgu barulah. Minta-minta cikgu baru ni macam Cikgu Naimah juga ya”
Mereka terus berbual hingga ke kelas. Loceng sekolah berbunyi menandakan pukul 7.40 pagi dan bermula sesi pembelajaran. Cikgu Rohani melangkah kaki kelas 5 Beta.
“Selamat pagi cikgu” ucap Hafiza selaku ketua kelas.
“Selamat pagi” balas Cikgu Rohani. Dia melangkah ke arah Liy Haizu dan Damia, dia menggeleng kemudian dia ke belakang.
“Kenapa sampah berterabur sana sini? Kelas darjah satu pun tak seteruk ni. Nama je kelas perempuan, kotornya bukan main lagi.” Cikgu Rohani bercekak pinggang memandang pelajar-pelajarnya yang tunduk menikus.
“Siapa yang bertugas?”
Eina, Yana, Jija, CT Bei, dan Sue. Bingkas bangun ke belakang.
“Tadi dah sapu Cikgu”, luah Yana.
“Itu tadi. Sekarang lain pula”, mulalah leteran Cikgu Rohani semakin panjang. Sudah menjadi kebiasaannya yang pantang melihat kelas kotor.
“Oklah. Sebenarnya saya masuk ke kelas kamu hari ini adalah untuk memperkenalkan guru matematik kamu yang baru yang akan menggantikan Cikgu Naimah. Dia ada sedikit urusan dekat pejabat. Nanti dia akan masuk ke kelas kamu. Saya nak kamu beri kerjasama kepadanya. Satu lagi Zaty, Nita, Ruby, Nurul. Saya tak kamu buat hal macam dulu. Saya harap tiada Sambutan Selamat Datang yang grand habis satu sekolah. Faham!,” Cikgu Rohani cuba memberi peringatan kepada empat sekawan dan seluruh kelas secara tidak langsung
“Saya tak nak peristiwa yang kamu buat dekat Encik Borha berulang balik. Faham?” tegas cikgu itu.
“Relekslah cikgu. Kami ni cuma minatkan Cikgu Bo aje” balas Ruby. Tentang guru praktikal dari UPSI. Masih ingat lagi hari pertama cikgu itu di Sri Pantai. Cikgu kacak itu disambut dengan sambutan air bandung berperisa garam dan sekotak yang berisi cicak mati. Kata-kata itu diiringi dengan gelak ketawa pelajar yang lain.
Kedengaran ketukan di pintu. Seorang wanita berkebaya batik dan rambutnya disanggul tinggi melangkah ke kelas 5 Beta.
“Oklah kelas. Inilah cikgu baru kamu. Cikgu Nazirah.
Guru baru itu memantau isi kelas itu. Pandangannya bertembung dengan Damia. Dia tersenyum. Cikgu Rohani berlalu. Cikgu Nazirah mula berinteraksi dengan pelajar-pelajar berunya. Ada yang diam dan pula yang mula berbisik cuba menilai guru baru itu.
“Mia, ini kan cikgu yang kita nampak yang datang naik Merc tadi kan? Mesti loaded kan? Damia hanya menggangguk. Tidak berminat untuk mengulas panjang.
“Ok class. Nama saya Nazirah Ahmad. Saya akan mengajar kamu subjek Matematik, tapi sebelum itu saya nak kamu kenalkan diri supaya lebih senang untuk saya nanti. Kita mulakan dari sana”
Zaty bangun memperkenalkan diri diikuti oleh Yana, Sue, Hafiza, Ruby, Nurul, Ju Liy, Ina, Gee, Mariana dan seterusnya Liy Haizu. Damia bangun memperkenalkan diri.
“Nama saya Nur Damia bt. Kamarul” Melihat wajah itu Cikgu Nazirah terasa tenang dan sayu. Fikirannya melayang. Wajah itu membuatkan dirinya digamit sesuatu.

To Be Continue........

Hari Cikgu Santai =)







Hari nie aku and the geng menyeru seruan kerajaan untuk "Cuti2 Malaysia" di Perlis..walaupun pantai yang didambakan tiada di bumi perlis nie, terubat juga bila sampai kat Tasik Melati pada pagi tadi..(walaupun dh bape lama plan nak pergi)tak nasib tak menyebelahi coz hujan turun dengan lebatnya...bila masuk jer kawasan Tasik mmg hati ini teruja...cantik sangat dan kalau la tak hujan mesti best ronda2 pusing2 tasik. walaupun hujan ramai gak yang datang memancing...teringin nak memancing lama dh tak pegang joran..yang pasti kami akn datang balik...TUNGGU yea



.....then kami semua melangkah jauh lagi ke Gua Kelam...cantik pemandangan kat sini...tp train dia rosak so tak dapatla nak masuk dalam gua...nk jln kaki..huhuhu

......





Thursday, October 8, 2009

....My Aa.....




....Hari ini biasa sahaje tapi kelas dari 8am lagi sampai 5pm..huhu...mula dengan IP en. moktar then tutorial dgn Ummi discus pasal posting 1 Dis huhu risau gak takut kena campak jauh2...ptg present paper En. rashidi Amalan Hidup Sihat (Bimbingan)...pastu kelas Tamadun Islam...pastu round2 pasar malam kat pauh..(dah tk leh makan karamel..bln pose ramai yg jual tp leni ...x dah)....
..tk sabar lak ni pergi Langkawi cuti Depavali nanti.......


Ni la kenangan di Blok Melati...


Wednesday, October 7, 2009

..Pasukan Koir IPGM Kampus Perlis???????????????????

AsSalam..buat semua, nampaknya sudah beberapa hari aku tak sign in dalam blog kan.Alhamdullilah dah sihat batuk dh hilang..walaupun hari isnin kena hujan kt kampus lupe nak mandi..mula2 nk demam balik tapi terus makan ubat so tk la teruk sangat....sem nie bolehla rileks maklumla praktikal dah habis..so aku banyak habiskan tgk DVD hehehhe...last weekend aku n housemate pergi beraye ke rumah Kak Wan kt Alor Setar...best gak espesially dapat makan masakan kak wan yg ala2 chinesse (dia anak Peranakan. hheheh)so dh pergi AS aku pun belila DVD citer taiwan (Corner With Love) best gak untill now tk habis lagi....
;;;;
...Hari ini satu sejarah aku dan kawan kelas KPLI 09 BnK kena buat persembahan koir sempena Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan (tetamu terhormat adalah MB Perlis tue =))...mase diumumkan untuk memulakan persembahan Mc mengumumkan "Persembahan Pasukan Koir IPGM Kampus Perlis" terdetik satu perasaan erm....entahla berlatih tak sampai seminggu pun :),,,,tapi dh rezeki kami...tak semua dapat peluang buat persembahan kan!!!tapi perit gak tekak aku nie nak buat suara soprano katakan...last aku masuk koir 2003 masa masuk UMT (kustem) itu pun perform depan MB Terengganu,

apa2 pun Tahniah buat kawan2 aku semua...